Waa, dah lama gila rasanya amiey tak "mengupdate" blog. Dah hampir setahun.
Syukur sekarang dah pindah ke selangor dan dapat duk skali ngan family. Dan rutin masak memasak bermula la bila dah duk skali ngan suami dan anak-anak.
Masa keluar makan (time celebrate besday amiey), suami tetiba lak beli ikan siakap, dan request tuk masak siakap 3 rasa. maka, keesokan harinya amiey bertungkus lumus la memasak ikan siakap tu untuk santapan suami yang tercinta.
Ini la rupa hidangan yang telah amiey siapkan. Sangat seronok bila melihat suami makan dengan penuh selera. Dan ini amiey tuliskan resepi Siakap 3 rasa versi amiey buat.
Bahan-bahannya
1 ekor ikan siakap (anggaran 800gram)
1 biji bawang besar (sebelah dihiris dan sebelah lagi ditumbuk)
2 sudu besar cili giling
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu kecil sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 biji tomato (amiey lenyek supaya mendapat kuah yang pekat)
Lobak (dihiris dadu)
2 sudu besar minyak masak
Sedikit daun sup (untuk menaikkan bau)
1 cawan air
Gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya
1. Panaskan kuali, masukkan minyak.
2. Tumis bawang besar, bawang merah dan cili giling. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Masukkan pula air. Gaul sehingga rata kemudian masukkan buah tomato yang telah dilenyekkan tadi.
4. Apabila campuran telah sebati, masukkan lobak. (kalo ada nenas, masukkan sekali)
5. Selepas itu, masukkan daun sup. Gaul hingga rata, masukkan garam dan gula (mengikut selera masing-masing).
6. Biarkan seketika kemudian bolehla diangkat dan dihidangkan.
Selamat Mencuba
Tuesday, July 10, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mengandung 40 minggu 4hari
Tak tahu nak meluah Kat mana..... Tertekan nya rasa bila pregnabt, dah smpai due, baby masih tak nak keluar. Hari ini, dah cukup 40 minggu...
-
Hai uolls...entry kali ni amiey nk guna nama sendiri la.sweet daisy hanya kenangan masa lampau. Sudah dua hari amiey duk google pengalaman ...
-
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Hari ini adalah hari ke-15 umat Islam menunaikan ibadah Puasa. Indahnya Ramadhan Kareem, tapi tahun ini...
-
Melepaskan hajat di hati..alhamdulillah, hari ini akhirnya aku berjaya menyiapkan puding jagung yang telah lama kuidamkan. Ahai, lambatnya b...
No comments:
Post a Comment