Minggu ni sekolah amiey akan mengadakan “pot luck” sempena
menyambut kedatangan ramadhan. Setiap orang dimestikan membawa satu hidangan.
Apabila seorang rakan mengajukan soalan, apa yang amiey nak jawab, laju ja
bibir ni menjawab nak bawak desert (pencuci mulut).Tak tau la eja betul ke tak
sebab bukan pandai sangat pun bahasa omputih ni.
Dalam hati merangka-rangka apa yang nak dibawa. Dalam
fikiran pula terbayang aiskrim kat giant (sebab sekolah amiey tepi giant ja)
ngan kon dia sekali….
Sehari sebelum hari jamuan, tetiba plak diri ini terasa
rajin untuk menyediakan sendiri desert. Biar cikgu-cikgu kat sekolah baru
merasa air tangan amiey (sebab baru ja seminggu pindah sekolah kan). Petang
tersebut selesai sahaja sesi persekolahan, terus memandu ke giant mencari
bahan-bahan untuk menyediakan Puding Laici kegemaran amiey sejak dahulu kala
lagi.
Semangat menyediakan puding walaupun masa terhad (sebab nak
sediakan makanan tengahari lagi, bubur alia lagi). Amiey sekolah sesi petang,
jadi sesi pagi hingga jam 11 dihabiskan di dapur a.k.a “my little kitchen”
Hari ini amiey nak kongsi resepi Puding Laici yang amiey telah siapkan pagi
tadi.
Bahan-bahannya
10 g agar-agar serbuk (1paket)
Susu sejat 1tin (400 ml)
Laici 2 tin (diasingkan buah dan airnya)----1/2 tin dikisar,
½ tin lagi dipotong 2 untuk dijadikan
hiasan. Isi laici yang 1 tin lagi dihiris kecil.
Sehelai daun pandan
Gula 2 cawan
Air 2 liter
Ni adalah cara amiey menyediakan puding. Sebenarnya mudah je
membuat puding ni…Cuma kalo kurang kerajinan, tak berhasillah ia. Tapi apabila
tekak mula mahukan sesuatu yang lembut untuk dimakan, maka empunya diri terus
menjadi rajin.
Pertama sekali, air dididihkan bersama gula dan juga daun
pandan.
Apabila mendidih, serbuk agar-agar dimasukkan. Kemudian,
kacau supaya menjadi sebati (agar-agar serbuk mudah sebati)
Setelah campuran tadi telah mendidih, tutupkan api. Biarkan
seketika. (amiey biar 5 minit) Daun pandan tu bolehla diangkat.
Kemudian, masukkan susu sejat dan juga air laici di dalam
campuran yang telah disejukkan, termasukla juga buah laici yang telah dikisar
tadi. Simpan sedikit air laici untuk hiasan.
Susun buah laici yang telah dihiris kecil ke dalam bekas
(amiey guna Tupperware sebab senang nak dibawa ke sekolah) dan tuangkan
campuran agar-agar ke dalam bekas.
Sejukkan sehingga lapisan di atas mengeras. Kemudian bolehla
letak buah laici yang telah dipotong tadi di atas serta air laici dituangkan
(untuk lebih menonjol laicinya--- (n_n)
Untuk lebih sedap, simpan didalam peti sejuk 1jam barulah
dimakan. Terasa sejuk-sejuk halus gitu masuk ke tengkak.
Hasilnya…………………
Tupperware untuk dibawa ke sekolah, dalam bekas kecik tu tuk
suami tersayang. Amiey letak 6 bekas tuk santapan suami juga amiey
sendiri.heheeeeeeeeeeeee…sedap dimakan ketika cuaca panas.
$el@mat mEncUba
No comments:
Post a Comment