Wednesday, August 1, 2012

Penat sangat ke aku

Bulan puasa memangla penat. banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang singkat

Sunday, July 29, 2012

Puding Jagung simple dan enak

Melepaskan hajat di hati..alhamdulillah, hari ini akhirnya aku berjaya menyiapkan puding jagung yang telah lama kuidamkan. Ahai, lambatnya berbuka, terliur pulak tengok...dahla hari ni panas, kalo puding masuk tekak, mesti nyaman.
Gambar diambil semasa kastard baru sahaja diisikan ke dalam bekas

Resepi puding Jagung
Sumber : http://www.ciktom.com/resepi-puding-jagung-mudah-dan-sedap/

Aku dah modified siket2...he2

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastard
1 ½ cawan jagung manis
3 cawan air
½ cawan gula
1 tin susu cair
1 sudu besar majerin


Cara-cara masakan Resepi Puding Jagung:

1. First, campurkan bahan tepung kastard, susu cair dan air ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati supaya tepung kastard tidak melekat.Masukkan jagung. Bukakan api perlahan dan kacau hingga pekat. **pastikan sentiasa kacau untuk elakkan tepung kastard melekat pada periuk.
2. Tambahkan majerin apabila adunan puding menjadi pekat dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian tutup api dan cepat-cepat angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai sebabnya puding ini cepat sejuk (keras).
4. Amy letak siket jagung atas lapisan kastard tuk hiasan dan amy letak pula lapisan agar-agar jernih diatasnya untuk nampak lagi menarik. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk dan sejukkan.
5. Bila dah sejuk dan keras, siap untuk dihidangkan.

Wednesday, July 25, 2012

TerAsa IngIn MakAn......

Hari ni panas terik.
anak tengkuk duk terasa nak makan puding jagung..haiii, bila la dapat buat puding jagung. malam tadi nak buat dah, tapi tak jadi sebab bila menjengah ke dapur, tepung kastard tak da. tak tau la bila dapat pergi beli tepung kastard....baru dapat hasilkan puding jagung..eee, tak sabar. wait n see ar, akan ku update kan hasil air tangan ku dalam masa yang terdekat. Buat sementara ni, cari makanan kat bazar ramadhan dulu la.

Resepi yang tak menjadi

Hari ke 2 puasa, perut rasa macam nak makan gulai kuning ( ala-ala masak cili padi, tp tak pedas macam cili padi )

aku pun konon-kononnya try la wat, berdasarkan blog2 orang dan juga aku ubah siket-siket...


Hasilnya

Langsung tak sedap !!!

Anybody want to help me kalo pandai wat gulai kuning? 

Friday, July 20, 2012

Puding Laici


Minggu ni sekolah amiey akan mengadakan “pot luck” sempena menyambut kedatangan ramadhan. Setiap orang dimestikan membawa satu hidangan. Apabila seorang rakan mengajukan soalan, apa yang amiey nak jawab, laju ja bibir ni menjawab nak bawak desert (pencuci mulut).Tak tau la eja betul ke tak sebab bukan pandai sangat pun bahasa omputih ni.

Dalam hati merangka-rangka apa yang nak dibawa. Dalam fikiran pula terbayang aiskrim kat giant (sebab sekolah amiey tepi giant ja) ngan kon dia sekali….

Sehari sebelum hari jamuan, tetiba plak diri ini terasa rajin untuk menyediakan sendiri desert. Biar cikgu-cikgu kat sekolah baru merasa air tangan amiey (sebab baru ja seminggu pindah sekolah kan). Petang tersebut selesai sahaja sesi persekolahan, terus memandu ke giant mencari bahan-bahan untuk menyediakan Puding Laici kegemaran amiey sejak dahulu kala lagi.
Semangat menyediakan puding walaupun masa terhad (sebab nak sediakan makanan tengahari lagi, bubur alia lagi). Amiey sekolah sesi petang, jadi sesi pagi hingga jam 11 dihabiskan di dapur a.k.a “my little kitchen”

Hari ini amiey nak kongsi resepi Puding Laici yang amiey telah siapkan pagi tadi.
Bahan-bahannya

10 g agar-agar serbuk (1paket)

Susu sejat 1tin (400 ml)




Laici 2 tin (diasingkan buah dan airnya)----1/2 tin dikisar, ½  tin lagi dipotong 2 untuk dijadikan hiasan. Isi laici yang 1 tin lagi dihiris kecil. 





Sehelai daun pandan


Gula 2 cawan

Air 2 liter

Ni adalah cara amiey menyediakan puding. Sebenarnya mudah je membuat puding ni…Cuma kalo kurang kerajinan, tak berhasillah ia. Tapi apabila tekak mula mahukan sesuatu yang lembut untuk dimakan, maka empunya diri terus menjadi rajin.

Pertama sekali, air dididihkan bersama gula dan juga daun pandan.
Apabila mendidih, serbuk agar-agar dimasukkan. Kemudian, kacau supaya menjadi sebati (agar-agar serbuk mudah sebati)

Setelah campuran tadi telah mendidih, tutupkan api. Biarkan seketika. (amiey biar 5 minit) Daun pandan tu bolehla diangkat.
Kemudian, masukkan susu sejat dan juga air laici di dalam campuran yang telah disejukkan, termasukla juga buah laici yang telah dikisar tadi. Simpan sedikit air laici untuk hiasan.
Susun buah laici yang telah dihiris kecil ke dalam bekas (amiey guna Tupperware sebab senang nak dibawa ke sekolah) dan tuangkan campuran agar-agar ke dalam bekas.
Sejukkan sehingga lapisan di atas mengeras. Kemudian bolehla letak buah laici yang telah dipotong tadi di atas serta air laici dituangkan (untuk lebih menonjol laicinya---  (n_n)
Untuk lebih sedap, simpan didalam peti sejuk 1jam barulah dimakan. Terasa sejuk-sejuk halus gitu masuk ke tengkak.

Hasilnya…………………




Tupperware untuk dibawa ke sekolah, dalam bekas kecik tu tuk suami tersayang. Amiey letak 6 bekas tuk santapan suami juga amiey sendiri.heheeeeeeeeeeeee…sedap dimakan ketika cuaca panas.

$el@mat mEncUba

Monday, July 16, 2012

Amiey demam

@duh, penangan berulang jauh setiap hari, amiey dah demam. ni la, sbb kna drive sendiri, kalo jadi pesssenger ja, xda la sampai demam, semoga dengan kedatangan ramadhan, Tuhan kabulkan doa amiey tuk dapat pindah ke sekolah yang dekat dengan umah...

Berharap dan juga  berdoa

Friday, July 13, 2012

Penat...sungguh aku penat

Assalamualaikum...
Hari kedua di sekolah baru. Amiey masih belum diberikan jadual waktu persendirian, cum amengganti kawan2 yang tidak dapat masuk kelas sahaja.
Masih dalam proses membiasakan diri dengan sekolah baru...apa nak buat ni? amiey naaak sgt pindah skolah yang dekat dengan umah. bukan nya amiey ni jenis susah berurusan, tapi keadaan amiey sekarang...skolah yang jauh menuntut pengorbanan. ahri cuti pun kena datang skolah, jauh kena la pergi awal. memandu kereta jauh membuatkan abdan terasa tersangat penat. Hari ni, amiey sekali lagi tak sempat menyediakan masakan tuk family. Mujurlah sang suami rajin  turun ke dapur, mengasapkan my little kitchen..tu pun dia hanya rebus ikan dan goreng ikan ja. Kesian my beloved hubby kna masak sendiri.

Jadi, hari ni amiey xda resepi tuk dikongsi cuma amiey tengah duk wat research menyediakan puding laici gula hangus..ada sesapa yang nak kongsi resepi tu ngan amiey?

Wednesday, July 11, 2012

Berpindah sekolah lagi

sTatus : baru keluar daripada kelas 1 Fikrah


Sangat sedih bila akan berpindah sekolah lagi. tanpaku memohon, tanpaku berbuat sebarang kesalahan tiba-tiba aku dipindahkan atas alasan guru sains lebih. Sebak bila menatap wajah anak murid kesayangan...




Disini aku ingin kongsikan nota yang ditulis daripada anak kecil yang ku didik--- biarpun ringkas, namun sangat bermakna. Kata-kata dan kasih sayang sangat bermakna daripada wang ringgit.


Mungkin benar kata salah seorang murid, dia tidak tahu sebab apa dia suka aku, suka aku mengajar dia....


                         dan aku juga begitu, aku juga tak tahu mengapa aku sayangkan anak didikku          walaupun baru mengenali mereka 3bulan lebih. (sebab mereka tahun 1 dan aku cuti bersalin sehingga awal bulan 4)


Melewati hari terakhir di sini, perasaan sebak dan sibuk memenuhi ruang dalam hati dan diri ini....


        Sehingga ketemu lagi....


ingin ku sapu air mata yang menuruni pipi ini, tp malu pulak kat cikgu kat sebelah meja ni..tahan..tahan...

Tuesday, July 10, 2012

Keluargaku yang tersayang

          Amiey nak kongsi gambar keluarga kali ni.
Inilah anak kesayangan amiey. Baby girl..berusia baru 6 Bulan. Namanya Alia....nakal sangat budak alia ni tapi dia la penawar duka pencetus tawa amiey.
                  Ini pula suami amiey. Berwajah serius setiap masa.

                                                       dan
                              Ini pula amiey, seorang yang simple dan sedaya upaya berusaha untuk
       membina sebuah keluarga yang bahagia.



              S.E.L.A.M.A.T B.E.R.K.E.N.A.L.A.N
Waa, dah lama gila rasanya amiey tak "mengupdate" blog. Dah hampir setahun.
Syukur sekarang dah pindah ke selangor dan dapat duk skali ngan family. Dan rutin masak memasak bermula la bila dah duk skali ngan suami dan anak-anak.

Masa keluar makan (time celebrate besday amiey), suami tetiba lak beli ikan siakap, dan request tuk masak siakap 3 rasa. maka, keesokan harinya amiey bertungkus lumus la memasak ikan siakap tu untuk santapan suami yang tercinta.

Ini la rupa hidangan yang telah amiey siapkan. Sangat seronok bila melihat suami makan dengan penuh selera. Dan ini amiey tuliskan resepi Siakap 3 rasa versi amiey buat.

Bahan-bahannya
1 ekor ikan siakap (anggaran 800gram)
1 biji bawang besar (sebelah dihiris dan sebelah lagi ditumbuk)
2 sudu besar cili giling
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu kecil sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 biji tomato (amiey lenyek supaya mendapat kuah yang pekat)
Lobak  (dihiris dadu)
2 sudu besar minyak masak
Sedikit daun sup (untuk menaikkan bau)
1 cawan air
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Panaskan kuali, masukkan minyak.
2. Tumis bawang besar, bawang merah  dan cili giling. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Masukkan pula air. Gaul sehingga rata kemudian masukkan buah tomato yang telah dilenyekkan tadi.
4. Apabila campuran telah sebati, masukkan lobak. (kalo ada nenas, masukkan sekali)
5. Selepas itu, masukkan daun sup. Gaul hingga rata, masukkan garam dan gula (mengikut selera masing-masing).
6. Biarkan seketika kemudian bolehla diangkat dan dihidangkan.

Selamat Mencuba

Mengandung 40 minggu 4hari

Tak tahu nak meluah Kat mana..... Tertekan nya rasa bila pregnabt, dah smpai due, baby masih tak nak keluar. Hari ini, dah cukup 40 minggu...