Friday, June 21, 2013

I'm already 36 weeks of pregnancy, 36 minggu dah wey aku mengandung

Bismillahirrahmanirrahim...

Mungkin ini yang pertama nukilan ku untuk tahun 2013...tak tahu kenapa tiba-tiba hari ni aku jadi rajin untuk meng "update" blog.

So, hari ni aku nak share cerita tentang pengalaman mengandung aku minggu 36. uyeah, diam tak diam aku mengandung 36 minggu dah.  Badan terasa lemah, tak berdaya.... mengandung anak nombor dua sangat berbeza dengan pengalaman mengandungkan anak pertama. Kali ni badan aku sangat lemah, dan disertai pelbagai penyakit pelik-pelik. 

Salah satunya....alergik. Kaki menjadi kemerah-merahan, malah seluruh badan jadi merah dan gatal-gatal. Sakit nya dan deritanya hanya aku yang menanggung.



Setelah gatal-gatal hilang, muncul pula...


Sembap (bengkak) akibat alergik itu hari. Kesan garu-garu merah dah bertukar menjadi hitam.

Walaupun keadaan aku tak berapa sihat begini, aku masih memandu kereta ke tempat kerja setiap hari. Maklumla, encik suami pun kerja, dan waktu kerja kami tak sama. Terpaksa la aku berdikari walaupun dalam keadaan sarat begini. Semoga tiada apa-apa yang enimpa sepanjang perjalanan ku ke tempat kerja, jauh jugak.

Kandungan pula (anak mama sayang ni) suka mengeras je akhir-akhir trisemester ni. Kadang bergerak aktif, kadang-kadang baby diam je. Tak tau la baby buat apa dalam perut mama. Wat ever la baby, semoga baby sihat di dalam sana. Nanti baby kuar ikut due ya? Kesian kat papa, dah apply cuti tu. Jangan baby buat nak keluar cepat, mama tak sanggup nak bersalin kat Sungai Buloh ni. 

Well u olls, bukan apa tak nak bersalin kat sini. Nanti 
susah nak mengurut, 
nak bertungku. Maklumla, aku ni tradisional. 
Nak jugak macam tradisi lama tu. Badan cepat segar.

Wait for my next update

Dadaaa, kita bersua tanpa mengenal muka!

No comments:

Post a Comment

Mengandung 40 minggu 4hari

Tak tahu nak meluah Kat mana..... Tertekan nya rasa bila pregnabt, dah smpai due, baby masih tak nak keluar. Hari ini, dah cukup 40 minggu...