Sunday, June 30, 2013

mengandung 37 minggu 3 hari

Assalamualaikum.....

Just nak share apa yang aku rasa sekarang, bila kandungan sudah ke fasa 37 minggu. Selera makan sentiasa ada, tapi bila makan sikit je terus kenyang, tak sampai 2 jam, lapar datang lagi.

Baby dalam perut pula xda masa nak diam, memang aktif.
tapi baby dalam perut aku ni lagi aktif pada waktu malam. Nak tidur pun tak selesa.

Baby kerap mengeras dan rasa bagai nak tercabut tali pusat, bagai ditarik-tarik. Aku pun tak tahu apa yang sedang baby buat di dalam.

Cek up minggu ni aku buat di klinik swasta. Aku tak larat dah nak menunggu 4 hingga 5 jam setiap kali cek up di klinik kerajaan. Lagipun hanya 3 minggu je lagi, aku kna korbankan sedikit wang la
untuk kesenangan ku. Ni first time aku cek up klinik swasta.
memang waktu nya singkat tapi rasa nya tak sama dengan perkhidmatan di klinik kerajaan.
Biasanya setiap kali cek up, bila dah akhir2 kehamilan nurse akan cek gerak jantung bayi, dengar pergerakannya. Boleh la si ibu tahu anak dia aktif atau tidak. Tapi
di klinik swasta doktor hanya tekan di perut untuk rasa baby bergerak dan rasa kepala baby sama ada dah engaged atau belom. Itu sahaja. Selama ni aku cek up kat klinik kerajaan
tak pernah lagi ada kencing kotor. 1st time cek kat swasta doktor kata aku ada kencing kotor. Macam tak puas hati sbb aku tengok warna air kencing aku normal je. Dan aku juga disoal doktor sebab tak pernah minum air gula. Laaaa, dah aku tak da penyakit, buat apa minum. membazir gula ja. Aku tak faham ngan doktor swasta ni. Doktor kerajaan pun boleh rilek je. Nampaknya
cek up kat swasta lagi rumit daripada cek up kat klinik kerajaan.

Namun aku harus juga cek di swasta sebab nak jimat masa. Aku dah tak sanggup tunggu lama akhir kehamilan ni sebab sakit pinggang yang amat bila menunggu lama. 

Insyaallah, balik Kampung lepas ni aku continue kat klinik kerajaan. kat kg okey klinik nya. Ibu mengandung pun tak ramai macam kat Sungai Buloh ni.

ok, setakat ni aje entry ku untuk hari ni

Sunday, June 23, 2013

Jerebu dan Aku

Sana sini hangat diperkatakan isu jerebu yang sedang melanda negara dan negara jiran (Singapura). Aduyai....langsung tak nampak apa, seolah-olah berkabus je kat area Damansara nih.

Bahaya tak untuk ibu-ibu mengandung macam aku?

So, lebih baik aku memerap di rumah daripada keluar ntah ke mana-mana. Tapi duduk di rumah sangat penat. Malam xboleh tido, tak tahu kenapa aku mengalami kesukaran untuk tido.Tengok "roomate" tido macam jeles je. Last2 jam menunjukkan angka 5.30 pagi, aku mandi...lepas subuh aku xsedar masa mana aku tertido. Dan terjaga jam 9.30 pagi.

Aku bangun dan start menyapu rumah dan mengemas mana tempat yang dirasakan perlu.Aku nak pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih sebelum aku dihantar ke kampung (untuk bersalin).Kemudian mencari barang-barang anak pertama (bantal, sarung bantal, kelambu bayi) dan basuh. Kemudian ku dobi pulak toto....uish, penatnya.

Jam 12 tengahari settle semua kerja maka aku mencapai kunci kereta dan seterusnya menuju ke kedai makan. Makan nasi bungkus je sekarang (aku malas sangat masak di akhir-akhir kehamilan ni)

Disebabkan hari ini hari ahad, layan melodi la. Nasi yang kubeli tadi tak tahu la jam berapa baru akan masuk ke perutku. Takda selera nak makan. Adakah ini tanda-tanda awal untuk bersalin?

Friday, June 21, 2013

I'm already 36 weeks of pregnancy, 36 minggu dah wey aku mengandung

Bismillahirrahmanirrahim...

Mungkin ini yang pertama nukilan ku untuk tahun 2013...tak tahu kenapa tiba-tiba hari ni aku jadi rajin untuk meng "update" blog.

So, hari ni aku nak share cerita tentang pengalaman mengandung aku minggu 36. uyeah, diam tak diam aku mengandung 36 minggu dah.  Badan terasa lemah, tak berdaya.... mengandung anak nombor dua sangat berbeza dengan pengalaman mengandungkan anak pertama. Kali ni badan aku sangat lemah, dan disertai pelbagai penyakit pelik-pelik. 

Salah satunya....alergik. Kaki menjadi kemerah-merahan, malah seluruh badan jadi merah dan gatal-gatal. Sakit nya dan deritanya hanya aku yang menanggung.



Setelah gatal-gatal hilang, muncul pula...


Sembap (bengkak) akibat alergik itu hari. Kesan garu-garu merah dah bertukar menjadi hitam.

Walaupun keadaan aku tak berapa sihat begini, aku masih memandu kereta ke tempat kerja setiap hari. Maklumla, encik suami pun kerja, dan waktu kerja kami tak sama. Terpaksa la aku berdikari walaupun dalam keadaan sarat begini. Semoga tiada apa-apa yang enimpa sepanjang perjalanan ku ke tempat kerja, jauh jugak.

Kandungan pula (anak mama sayang ni) suka mengeras je akhir-akhir trisemester ni. Kadang bergerak aktif, kadang-kadang baby diam je. Tak tau la baby buat apa dalam perut mama. Wat ever la baby, semoga baby sihat di dalam sana. Nanti baby kuar ikut due ya? Kesian kat papa, dah apply cuti tu. Jangan baby buat nak keluar cepat, mama tak sanggup nak bersalin kat Sungai Buloh ni. 

Well u olls, bukan apa tak nak bersalin kat sini. Nanti 
susah nak mengurut, 
nak bertungku. Maklumla, aku ni tradisional. 
Nak jugak macam tradisi lama tu. Badan cepat segar.

Wait for my next update

Dadaaa, kita bersua tanpa mengenal muka!

Mengandung 40 minggu 4hari

Tak tahu nak meluah Kat mana..... Tertekan nya rasa bila pregnabt, dah smpai due, baby masih tak nak keluar. Hari ini, dah cukup 40 minggu...