Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Hari ini adalah hari
ke-15 umat Islam menunaikan ibadah Puasa. Indahnya Ramadhan Kareem, tapi tahun
ini, puasa amiey tak penuh. Kengkononnya tahun ni puasa dapat penuh sebab mengandung
namun perancangan Allah, tidak dapat amiey menghalangnya atau mengubahnya.
Straight to the topic, bagaimana amiey mengalami keguguran.
Kali kedua!!! Ini adalah kandungan kali keempat dan kali ke2 amiey keguguran.
Jumaat, 1 Jun 2017, amiey dan anak-anak pulang ke kampung. Niat di hati
hanyalah satu, mencari makanan yang diingini oleh mulut di bulan puasa…maklumla
orang mengandung mengidam itu dan ini. Kalau boleh semua makanan nak makan.
Biasa tak bulan puasa payah nak jumpa makanan fevret. Lagipun amiey
jarang-jarang balik kampung di bulan puasa. Dulu anak-anak kecik, suami tak
balik…amiey pon tak balik la. Tahun ni, anak dah besar sedikit…bolehla amiey
balik sendiri.
Sejak
mengalami sendiri mengandung janin tanpa jantung, amiey banyak buat research ke
blog-blog insan senasib. Jadi, bila amiey mengalaminya, amiey berniat nak jugak
berkongsi entry yang latar belakang cerita sama supaya korang yang alami nasib
serupa yang duk menggoogle ni tak risau tentang keguguran dan proses D&C. Tak
pastilah reader sudi baca ke tak entry ni…sebab banyak tulisan…hanya sedikit
gambar diselitkan. Maklumla…time sakit, tak terlintas mahu terfikir pon untuk
bergambar. Tiada perasaan mungkin.
Untuk balik ke kampung kali ini, amiey telah memilih
penerbangan AirAsia memandangkan tiket Firefly sangat mahal. First time naik
flight kat KLIA2. Suami hanya hantar, tak dapat tunggu kerana dia bekerja pada
hari itu. Dan amiey macam biasa…lepak2…layan anak-anak sementara menunggu masa
untuk cek in bagasi. Actually amiey sampai awal kat airport….dah masuk jam
12.30 tegahari, anak lelaki merengek minta makan. Bulan puasa…segan jugak nak
menapak ke kedai mkan tapi demi anak-anak…..buat biasa-biasa sahaja.
Anak memilih ayam KFC untuk dimakan pada hari itu….selesai
makan, jam menunjukkan angka 1.25petang….amiey ajak anak lepak di kerusi yang
disediakan. Tapi, anak amiey dah tak sabar-sabar nak naik flight. Budak
biasala…mana boleh menunggu lama-lama. Kemudian, sampaila jam 2 petang. Amiey
segera beratur di kaunter untuk cek in bagasi.Lepas tu, amiey heret anak-anak
ke surau berdekatan untuk mengerjakan Solat Jamak (Zohor dan Asar).
Teruja anak-anak nak naik flight
Nampak tu Farish buat muka boring
Selesai solat….segera masuk ke Balai Pelepasan. Sebab Farish
dah mula mengamuk kerana boring menunggu lama. Allah hurabbi….baru amiey tahu
betapa jauhnya perjalanan daripada pintu pelepasan ke balai berlepas. Masa tu,
amiey perlu naik flight melalui gate K16. Jauh yang amat…nak sampai ke gate,
dua kali amiey berhenti rehat di kerusi yang disediakan. Lama menunggu, maka
tibala masa amiey berlepas ke kampung halaman….Terengganu.
Sesampainya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, amiey
menggunakan perkhidmatan Grabcar untuk sampai ke rumah. Cas yang dikenakan
berpatutan….hanya RM11.00 untuk perjalanan lebih kurang 10km. Sesampainya di
rumah, amiey layan anak-anak makan dan berehat.
Selesai semua, anak-anak disiapkan untuk ke masjid kerana
pada hari tersebut, semua penduduk kampung dijemput berbuka puasa di masjid.
Keluarga amiey tak terkecuali….disebabkan keluarga amiey adalah keluarga
kecil…maka kami semua ke masjid untuk berbuka puasa petang itu.
Blurr...sebab farish juru kameranya
Masih tiada rasa apa-apa yang pelik. Menu berbuka nasi putih, kurma, kuih puteri mandi, gulai daging, gulai ayam, sambal belacan….ada 2,3 menu lagi yang amiey terlupa apa nama menunya.
Malam pula, di rumah selepas terawikh amiey mengadap Jeruk
Pedas Pauh (Mangga). Sedapnya rasa sebab lama dah tak makan jeruk yang
fresh…jam 11 malam, amiey tidur kerana kepenatan…travel panjang hari ini.
Keesokan harinya….. (2 Jun 2017)
Selepas sahur dan solat subuh, amiey rasa badan masih lemau.
Memandangkan tiada kerja untuk dilakukan, amiey mengheret tubuh ke katil untuk
lelapkan mata seketika sambil menemani anak-anak yang masih tidur. Sesedar dari
tidur, jam dah menunjukkan 8.30 pagi. Perut amiey terasa memulas-mulas. Amiey
takde plak syak apa-apa…mungkin sebab makan pauh malam tadi (telahan sahaja).
Masuk je ke tandas, amiey dapati ada …..ada…. SENSORED. Tak
kahwin lagi tak digalakkan baca…hikhik.
Ada keluar lendir + darah. Amiey binggung…kenapa ada keluar
“show”…pengalaman lalu kalau pregnant, kluar tanda macam ni, hari yang sama
amiey akan bersalin. Tapi kali ini lain….Amiey baru sahaja mengandung 11weeks
5days hari tersebut. Hati menjadi tidak senang duduk. Apa yang terjadi
ni….dalam masa tak senang duduk tu, amiey basuh baju yang telah dipakai semalam
(Basuh tangan Hokeyyy…sbb baju baru, takut rosak plak klo dimasuk lam mesin
basuh)….haha, miss cerewet!
Jam 9 pagi…selesai mandi kambing dan basuh cincai
baju-baju…bagitau mak cik apa yang terjadi. Disebabkan terlalu risau, amiey
segera ke hospital. Hospital terdekat dengan rumah amiey mestila Hospital
Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Sesampai sahaja di hospital, amiey
terus meluru ke bangunan baru…sebab kononnya bangunan baru khas untuk ibu-ibu
mengandung. Tapi menurut nurse yang bertugas, kes amiey perlu dirujuk ke
bahagian kecemasan, bangunan lama….
Di sana, amiey didaftarkan dan perlu menunggu di depan bilik
2 bahagian kecemasan. Di situ, tekanan darah diperiksa. Seterusnya, ke kaunter
pendaftaran. Seterusnya, amiey dipanggil ke Bilik bernombor 7…. Amiey ceritakan
segala maklumat selengkapkan kepada doktor bertugas. Maka, selepas itu, amiey
diarahkan ke Bilik 12 pula dan juga scan ultrasound. Waktu ini, amiey boleh
jalan sendiri kerana pendarahan yang dialami tidak serius. Masa itu, amiey
cakap kat doktor, bolehkah kandungan saya diselamatkan? Kerana amiey nak sangat
anak yang ada dalam kandungan kali ini…tapi responds doktor selepas sesi cek
mengecek….dan ultrasound….Bayi yang amiey kandung tiada denyut jantung.
Terkejutnya amiey….tiada jantung. Kemudian, amiey diarah ke wad 1ef, di tingkat
atas.
Di wad 1ef, sekali lagi amiey perlu menjalani scan perut.
Doktor tunjukkan skrin scan…janin masih tiada jantung…dan doktor juga tunjukkan
salur darah sudah tidak sampai ke janin. Dan janin yang discan berusia 7week 5
days. Sedangkan menurut perkiraan period amiey, sepatutnya usia janin 11 minggu
5 hari. Kecewa yang cuba berlapang dada. Maka, doktor bagi dua pilihan. Masuk
wad dan jalani prosedur cuci rahim atau balik …dan tunggu janin luruh sendiri.
Amiey pilih option kedua….tunggu janin luruh sendiri. Masa diberikan selama 2
minggu dan surat refer ke hospital juga disediakan untuk amiey gunakan pada
masa amiey perlu menyerah diri nanti. Doktor istilahkan kandungan amiey kali ni
“missed miscarriage”
Jam dah tunjukkan angka 12.50 tengahari. Selesai semua
prosedur pemeriksaan, amiey dibenarkan pulang.
Balik je ke rumah, amiey mula merasakan contraction…erm
mudah difahami kalau pregnant biasa…seolah-olah braxton hicks gteww…sakit yang
mneyerang ni buat amiey tak duduk diam….ianya berlarutan hingga ke esok hari (3
Jun 2017)….
Dan selepas asar 3 Jun, amiey rasa sakit pinggang yang
teramat beserta perut memulas….sakit beransur-ansur bertambah…dan malamnya,
sakit yang teramat hinggakan amiey tak dapat melelapkan mata. Dari jam 10
malam, 11 malam, 12 tengah malam….amiey minta mak cik, amiey panggil “ngah”
amiey urut kat pinggang….tapi sakit tak juga hilang….jam 1 masuk bilik
tidur….sakit lagi…jam 2 pagi…jam 3 pagi….last-last amiey charge hand phone
sampai penuh….kemudian jam 4.30 pagi..kedengaran ngah bangun sediakan sahur,
amiey cakap..amiey tak bangun…tak sedar…amiey terlena sampai 8 pagi.
Sesedar dari tidur, sakit menyerang lagi….amiey dah
tekad..amiey akan ke hospital. Sakit yang amat…Kalau diimbau kembali..time
pregnant Farish dlu…kalau sakit macamni, amiey dah lama bersalin. Ptutla arwah
nenek cakap, sakit keguguran memang sangat sakit. Diakui….tersangat-sangat
sakit. 3 hari contraction….MasyaAllah,
Subhanallah….hebatnya dugaan.
Mesti
readers terdetik kan….kenapa amiey tak terus ke hospital time sakit tu…
Sepanjang perjalanan ke hospital..darah keluar tanpa henti.
Darah berketul….macam perut ikan..tapi sedikit-sedikit…sakitnya sampai
terbaring-baring dalam kereta. Amiey terus meluru ke kaunter kecemasan. Hari
ini, amiey dah tak boleh berjalan sendiri. Darah di dalam “ Underwear” penuh…bimbang
takut bersepah dalam hospital….dan hari ini, di mana amiey duduk, di situ lah
kesan darah ditinggalkan…walaupun amiey dah pakai pad, darah lebih daripada
keampuan pad itu sendiri….
Disebabkan kes kecemasan, amiey segera dipanggil ke bilik
doktor…setelah dimasukkan aklumat yang perlu, amiey disorong menggunakan
wheelchair ke bilik 12 sekali lagi untuk pemeriksaan bukaan serviks (maybe VE
lebih dikenali) dan scan kandungan. Masa VE dijalankan,amiey tarik nafas
panjang-panjang untuk mengelakkan rasa skit. Malu sangat semasa prosedur
dijalankan..namun nasib baik dapat doktor perempuan..dan dia lakukan secara
berhemah…amiey tak rasa sakit sangat VE…bangun je dari katil, penuh darah pada
cadar katil. Dalam keadaan sakit, sempat lagi minta maaf kat doktor sebab dah
tinggalkan kesan kotor pada katil.
Seterusnya, amiey diarah ke sudut lain untuk scan perut
pula. Scan menunjukkan janin dah tak dapat diselamatkan. Selesai pemeriksaan
dijalankan, amiey rasa xselesa. Pad penuh…tadi nak tukar tapi tak dibenarkan
doktor….katanya selepas pemeriksaan, baru boleh tukar pad. Dalam tadas, amiey
terasa ada sesuatu yang berada di kawasan tuuuuut… amiey segera tarik dan
puuup, ia keluar. Amiey perhati ianya seperti kelongsong (Gambar tak
disediakan)
Amiey simpan kelongsong untuk ditunjukkan kepada doktor yang
memeriksa.
Doktor bahagian emergency refer kes amiey kepada gynae di
wad. Amiey dimaklumkan bahawa amiey akan ditahan di wad. Kali ini,amiey dah
bersedia untuk tinggal di wad. Amiey disorong oleh pak cik yang amiey panggil
ayoh su ke wad 1 ef, HSNZ. Sekali lagi tuuut diseluk dan VE dijalankan. Doktor
cakap, ada bukaan 3cm…dan scan menunjukkan, amiey dah keguguran namun masih
banyak saki baki janin ditinggalkan…dan perlu menjalani prosedur erpoc, maybe
D&C lebih dikenali…atau “cuci”……gerunnya…takutmya….Doktor ada tanya jam
berapa last amiey makan….amiey jawabla jam 8 pagi. Dotor cakap, nak buat erpoc
kena puasa….seterusnya amiey dibawa ke katil wad.
Dapat tag...ngeh ngeh ngeh
Boleh pulak selfie...awak sakit tak ni cik amiey??
Tunggu doktor/nurse jengah..xda juga…amiey nak tahu bila
D&C dijalankan….tapi tiada siapa yang datang memeriksa. Jam 12 Tengahari,
makanan tengahari diedarkan…amiey yang lapar kerana sejak dari smelama, amiey
tak makan apa-apa, hanya minum air milo….kerana sakit. Hilang selera. Amiey
makan la makanan yang disediakan..(OPPPs…puasa…eh, oramg gugur tak puasa tau)
Ni masa kad wad 1 EF...ni aktiviti orang bosan
Jam 2, ada la nurse datang. Amiey dipanggil ke bilik
pemeriksaan….Doktor di situ memberitahu bahawa aiey akan disorong sekarang ke
bilik bedah….HAH! WHAT….saya baru lepas makan doktor…
WHATTT??? Doktor terkejut….dia tanya amiey…tak de ke sesiapa
yang bagitau amiey suh puasa..amiey cakap takde doktor..kalau tak, takkan la
saya makan. Tadi naik wad, saya hanya dimaklumkan saya akan jalani erpoc…tapi
tak diberitahu bila…saya tunggu doktor/nurse melawat takde…jadi makanan
dihantar. Saya makanla… (wat muka blurrr)
Doktor pun menduga,…kalau puasa tak dimaklumkan..mesti awak
tak diterangkan lagi tentang erpoc. Ye doktor..sy xtau…saya tau nama
sahaja….maka, doktor pon terangla, bagaimana prosedur erpoc dijalankan….setelah
amiey faham, doktor minta amiey turun tanda tangan sebagai tanda memberi
kebenaran untuk doktor jalankan erpoc terhadap amiey. Sesudah itu, doktor
cakap, dia nak masukkan jarum kat tangan, supaya mudah segala operasi hospital
dijalankan. Time masuk jarum, terasa la jugak sakit sedikit. Tapi selepas
dimasukkan jarum, pergerakan terus terbatas. Sakitnya jarum di tangan….nak buka
pili paip pon terasa susah, apatah lagi mengikat kain hospital yang selalu
terlucut tu.
Sakit tau masuk jarum ni
Rutin duk di wad macam biasa. Jam 4 petang, nurse datang cek
tekanan darah….Jam 6 petang, amiey dipindahkan ke wad first class di tingkat 7.
First time amiey masuk wad fisrt class (alergik hospital la katakan) Bestnya
wad first class ni sebab bilik berekon, katil 4 bilik yang amiey dapat tu…bilik
air dan tandas ada lam bilik je, dekat, tak perlu jalan jauh nak pergi toilet dan
ada orang boleh jaga kita 24 jam, kalau wad kelas 2@3, pelawat hanya boleh
masuk waktu melawat sahaja. Privacy la siket kat sini… Yang tak bestnya wad ni,
1) takde doktor dalam wad. Hnya ada nurse sahaja.2) Bilik air dan tandas
sempit.
Ni la rupa wad first class, 4 orang sebilik
Amiey menahan sakit....nampak drip air
kat tangan tu?
Jam 9 pagi, amiey dipanggil oleh nurse untuk pemeriksaan
doktor di tingkat 1. Doktor scan vagina, kata doktor scan bawah resultnya lebih
tepat. Hurmmmm, nampaknya saki baki kandungan masih tebal…doktor ukur, lebih
kurang 2.5cm lagi yang tertinggal. Jadi, doktor memutuskan amiey harus
menjalani prosedur erpoc hari ini. Doktor tanya amiey puasa tak, nurse yang
mengiringi tolong jawab…patient puasa dari jam 2 pagi lagi. Jam 10 pagi, sakit
datang dengan kuat. Tak tahan merengkok atas katil, sambil menahan sakit….kakak
yang jaga maknya di katil depan datang tanya khabar. Mungkin dia dengar amiey
kegelisahan menahan sakit. Dia tolong urutkan belakang sekejap namun sakit
makin kuat. Amiey berdoa dalam hati semoga dipercepatkan giliran amiey masuk
bilik OT (operation theatre)
Lebih kurang jam 1.30 petang…datang dua orang nurse membawa
baju yang bewarna putih bertali belakang serta topi. Ahoii..macam dalam cerita
kat Tv la…nurse suh amiey pakai baju putih tu dan pakai topi. Terkial-kial nak
mengikatnya, last-last amiey minta tolong nurse ikat. Nurse pesan, buka semua
barang kemas, gigi palsu, contek lens dan juga bra dan underwear pon xboleh
pakai. Ok nurse, wait 2 minit…nak menanggalkan semuanya..padahal nak tanggal
bra dengan underwear je pon. Barang kemas memang amiey tak pakai pon. Rimas….
Amiey kemudiannya baring
di troli “katil bergerak” HAHAHA, betol ke istilah tu, blasah je la….asal
korang tahu dan kemudian disorong ke bilik OT. Call husband banyak kali tapi
tak diangkat…amiey whatsapp dia bgtau amiey dah nak masuk bilik OT. Berdebarnya
duhai hati…nurse cek tekanan darah dan nadi…dan bacaannya ok tapi menunjukkan
amiey sangat berdebar. Masuk je bilik Ot, sebab takut first time masuk situ,
amiey punya menggigil ketakutan sampai kacip gigi. N amiey cover dengan cakap
bilik tu sangat sejuk. Padahal amiey sangat takut….Nurse tengok amiey
menggeletar dia selimutkan amiey 2 lapis….selimut bilik OT tak sama dengan
selimut dalam wad. Amiey dipindahkan ke troli lain…ingatkan kena berjangkit
sendiri ke troli sebelah…namun tak…ko duk je diam-diam amiey, diorang akan
angkat ko ke troli sebelah. Selimut bilik OT lebih tebal..Kat situ, amiey tak
kenal siapa nurse, siapa doktor dan siapa pembantu…sebab semua orang berbaju
biru. Amiey kemudiannya ditolak dari satu segmen ke satu segmen kemudian sampai
la ke destinasi.Doa hanya dalam hati semoga segala berjalan lancar dan semoga
amiey selamat. Seramnya…Di bilik tu, ada banyak lampu…alaaa…macam lampu bilik
bedah lam TV tu la…doktor pasangkan wayar, masukkan air drip di tangan…dan
kemudian seorang yang berbangsa cina datang perkenalkan dia pakar bius di situ.
Mereka tanya amiey, nama..dan tahu kenapa amiey masuk ke
bilik itu..mungkin untuk redakan ketakutan pesakit, amiey fikir. Kemudian wayar
dipasang kata nurse untuk pantau jantung…dan bius pertama di masukkan melalui
jarum di tangan. Sakit…. Kemudian mulut dipasangkan topeng yang berisi gas yang
mengkhayalkan. Dos bius kedua dimasukkan…sakit lagi daripada dos pertama…dan
pakar bius cakap…dos ketiga paling sakit. Yes, mmg paling sakit. Tapi, redha
sahaja…sbb di rumah mengalami contraction pon amiey sakit. Sambil menyedut gas,
doktor pesan supaya amiey jangan tidur. Siap diorang tanya berapa tinggi dan
berat untuk pastikan amiey dah tidur ke belom….dengan perasaan malu, amiey
cakap…pad masih belom dibuka…diorang cakap…takpe dik..relaks aje…tengok jam di
dinding, 2 petang…
………………………………………………………….x….o…..x…..o…………………………………………………………………………
Terjaga….Amiey pandang kiri dan kanan. Suasana berbeza…Kat
hidung masih ada topeng gas, tak pasti oksigen atau gas apa…
First things amiey buat, rasa kat bawah…..alamak. Masih ada
pad. Belom siap lagi ke? Amiey nampak orang berbaju biru dan amiey panggil…..doktor,
saya ni lambat lagi ke nak “cuci”???? Berdebarnya….
Dia jawab…dah siap dik.. Aih, rasanya baru je amiey duk
sedut gas tadi. Amiey dibiarkan sendiri melayan mamai…Cuba angkat kepala tetapi
rasa pening. Pandang keliling cari jam dinding…tak jumpa. Yang amiey nampak, di
sebelah ada 2 lagi pesakit yang mamai macam amiey jugak. Dalam hati, lama lagi
ke diorang nak biar aku macam ni…dahla topeng oksigen kat muka tu merimaskan….terasa
semacam je gas nya…ataupun itu bukan gas oksigen sebenarnya. Terasa pahit di
leher bila sedut gas tu. Lama amiey dibiarkan, actually nurse and doktor
bukannya duk rileks layan hand phone…diorang duk buat kerja..mengemas barang.
Mungkin yang digunakan untuk proses kami tadi mungkin…Dalam setengah jam, (jam
3.30 petang, amiey tanya doktor kat situ) topeng oksigen ditanggal. Amiey diangkat
ditukar troli. Best jugak kan….kita xperlu bangun langsung….diorang je yang
angkat-angkat kita. Terima kasih tuk kakitangan dewan bedah tingkat 3 HSNZ. Nurse
wad datang dan bawa amiey ke wad 7AB kembali. Duk dalam selimut, amiey xtau pon
sebenarnya aiey tak berbaju. Cuma baju putih tadi je yang menutup tubuh….tapi
jangan wrong thinking erk…ada 2 lapis selimut….haha….
Sampai di wad, nurse angkat amiey tukar katil….dibantu encik
husband….nurse pakaikan amiey baju hospital…Hijau la…n amiey diminta rehat.
Sebelum nurse tinggalkan amiey…sempat amiey tanya, nurse…sy dah selesai. Boleh
ke saya makan? Nurse jawab….tak boleh puan. Kalau lapar sangat, puan minum air
2,3 teguk aje… Then, nurse drip air kat tangan untuk tenaga…..amiey yang masih
pening dengan ubat bius tak mampu bangun. Amiey sambung tido kat katil wad. Jam
5, amiey dah tak mampu tidur lagi. Perut berkeroncong minta di isi. 5.30
petang, nurse datang pantau keadaan amiey….tanpa lengah masa, amiey terus minta
makanan. Jam 6…makanan sampai. Habis kau sepinggan nasi hospital amiey bedal…haha,
jangan tak caye. Sampaikan encik suami siap gelak n perli lagi…cukup tak ni,
kalau tak cukup nak mintak tambah dengan nurse…..haha…jahat! Padahal makan
dengan ikan bakar je pon….
Encik suami...dan lawak nya...ahaha...berbuka puasa ke abg?
Kesian...pegi la turun bazar, syg dah biasa duk sengsorang kat wad. tak yah dipaksa
la makan makanan lam wad. Tawar!
7.00 pm…nurse datang lagi pantau…ada muntah ke tidak selepas
cuci….takde nurse. Nasi pon dah abis sepinggan. Gelak besar nurse dengar
jawapan. Dia pon jawab, kalo nasi dah abis sepinggan, saya buka la air ni…tak
kan sepinggan nasi awak tak cukup lagi tenaga. Maka, kami berdua gelak besar
menghangatkan suasana bilik 10, wad AB hospital tersebut…..
Malam itu, amiey tidur lena..tanpa sakit lagi. Nurse 2 jam
sekali datang pantau…takut amiey sakit selepas cuci. Namun, amiey tiada
langsung rasa sakit. Malah , lega yang teramat. Sebelom jam 11 nurse bekalkan
amiey ubat tahan sakit…sebab dia takut amiey sakit di malam hari. Kesudahannya,
sampai ke subuh amiey tak telan ubat itu. Allah dah tarik rasa sakit dalam diri
amiey. Alhamdulillah…
Jam 12.00 tengahari…doktor datang memeriksa keadaan
amiey..Dan didapati amiey sudah sihat. Dan boleh keluar wad hari ini. Jam 12.50,
doktor hantar surat keluar wad serta surat cuti sakit. Yeay…amiey dapat cuti
hingga 23/6/2017. Means lepas raya baru masuk kerja….Syukur ya Allah….
Alhamdulillah…
Maka selepas ni bermula la episod berpantang selepas
keguguran amieyJ
Thanks kepada yang sudi membaca. Yang nak share pengalaman
juga digalakkan….yang nak bertanya pon boleh.