Lama dah duk mengidam nak beli setarika philips steam tu...tapi Harga dia mahal sangat la, seribu lebih.
Fikir punya fikir, lama kelamaan aku mencari dealer amway. Ohh...rupanya ada di kalangan kawan2 lama aku yg jual dan jadi ahli amway...aku join skim kutu...mungkin tak terbeban bagi aku kalo join kutu...
Dan hari ini, aku mendapat bungkusannya. Barang yang sekian lama kuidamkan..
Setarika stim philips amway ku
Didapati dengan cara kutu, rm140 selama 10bulan.. Yes yes
Kini, mudah la keja aku nk setarika uniform cik abg yg kainnya tebal tu.
Dlu benci betol bab setarika uniform dia...hari ni aku rasa hepi...sekejap xsampai 5minit, dah siap...tak pasal2 aku jadi rajin iron baju meskipun hari jumaat.
So kalau ada orang yang nak cari iron ni bleh kontek amiey ye...
011-2114 7713 (amiey)
Area kota damansara, sg. Buloh...
Yg duk jauh pon bley jugak order...xda masalah. Courier seluruh malaysia ada.
S.M.I.L.E
Friday, April 1, 2016
Saturday, February 27, 2016
Cerita Berpantang selepas keguguran 8minggu part1
Hai uolls...entry kali ni amiey nk guna nama sendiri la.sweet daisy hanya kenangan masa lampau.
Sudah dua hari amiey duk google pengalaman orang berpantang disebabkan keguguran...namun, masih tak puas hati dengan hasil dapatan. Masih mencari ilmu berpantang sambil nak share pengalaman amiey sendiri pantang.
Kronologi pantang bermula....
12/02/2016 - terasa gatal je tangan nak pegi beli upt test sebabnya en.suami asyik duk muntah setiap hari. Last period amiey 27/12/15. Namun, perkara ni tak pelik sebab amiey selalu pun lambat kitaran haid. Kadang2 tu sampai 3bulan sekali baru la kitaran haid bermula. Dan hasilnya...
Sudah dua hari amiey duk google pengalaman orang berpantang disebabkan keguguran...namun, masih tak puas hati dengan hasil dapatan. Masih mencari ilmu berpantang sambil nak share pengalaman amiey sendiri pantang.
Kronologi pantang bermula....
12/02/2016 - terasa gatal je tangan nak pegi beli upt test sebabnya en.suami asyik duk muntah setiap hari. Last period amiey 27/12/15. Namun, perkara ni tak pelik sebab amiey selalu pun lambat kitaran haid. Kadang2 tu sampai 3bulan sekali baru la kitaran haid bermula. Dan hasilnya...
Terang, jelas lagi nyata ada 2line
YES! Amiey mengandung, alhamdulillah
Ni kandungan amiey yang ketiga. Syukurnya rasa waktu itu.
Sambil amiey menghitung minggu untuk buka buku pink kat klinik paya jaras, sg. Buloh...dan pada usia kandungan 8w2d, tetiba terasa ada air mengalir masa amiey sedang keja. Air apa ni? Panas2 rasa....its ok. Amiey mengajar macam biasa.
RINGgggg, loceng berbunyi. Tak buang masa dah, terus meluru ke tandas. Amiey perasan ada darah bewarna coklat bentuk spot bersama2 air yg panas tadi. Mula la duhai hati duk terasa risau...namun time tu pujuk hati. Duk kata, org ngandung mmg macam ni. Akan ada kluar darah siket2 (berdasarkan bacaan pada blog orang)
Balik skolah, tengok lagi apa yg terjadi di sebalik kain. Aduh...masih ada darah. Tapi kali ni bukan bewarna coklat macam td dah. Kali ni warna darahnya agak terang. Sampai la ptg, amiey rasa tak sedap hati. Drive ke klinik yg berdekatan (klinik normah)
Scan...pelik! Takde kantung kelihatan. Doktor normah cakap, berdasarkan pengalaman dia, amiey tak mengandung. Curious...its ok. Katanya lagi, try buat urin test skali lagi la. Kot la awal lagi, xkelihatan.
N apa yg mengejutkan amiey, result urin test negatif. Frust
Doktor cakap, hormon amiey tak stabil. Sebab tu la awalnya result dapat 2line. Amiey tak pregnant katanya cuma period biasa.
Balik dari klinik dengan perasaan sebal.frust ko apa tau....?
Malam tu, bleeding macam perempuan dalam haid. Dalam hati kata, siap la kali ni. Gugur dah kandungan ni...darah tak henti.. esoknya ke sekolah seperti biasa. Dalam kelas, langsung tak.boleh mengajar. Sakit perut maha dasyat, lebih sakit daripada senggugut namun takde la sampai tahap sakit nak beranak. Siap bersenda ngan kawan amiey cakap kalo tak mengandung, amiey dah telan pain killer, sakit sangat ni. Kawan amiey iyakan je la..dia pon xtahu amiey sakit tahap mana...
Buat2 tak tahu dengan kesakitan, amiey cuba sibukkan diri waktu masa free xda kelas dengan menyiapkan fail panitia(amiey ketua panitia tmk skolah)
Tak jalan. Sakit tetap sakit malahan lebih sakit. Dan tetiba tanpa dapat dikawal terasa ada sesuatu sedang keluar....semestinya bukan beranak sbb baru hamil 8minggu. Fuhhh...lega sakit yang amiey alami sejak malam hingga subuh hingga pagi itu. Hati meronta ronta nak tahu apa yg kluar sebenarnya tu. So, ke mana lagi nak dituju, tandas la. Terkejutnya, ada darah yg sangat pekat, bergumpal bersama beberapa ketul daging yang baru terbentuk, bersama kantung warna putih. Sebesar 4cm...sah, aku keguguran.
Mesej gpk 1 tuk tolong buat relief. Sy nak balim ke klinik.
Drive balik rumah, dalam 13km...sampai umah tgk lagi daging tu, dah penyek. Simpan dalam plastik elok2.amiey mandi. Selesai mandi, ke klinik normah sekali lagi.
Dan perbualannya: doktor, sy rasa sy dah keguguran la...
Mula la doktor soal, kenapa, bila, bagaimana, amiey malas cakap banyak, terus tunjuk sample. Yes, kata doktor. Mmg awak keguguran.
So, diberila kat amiey ubat kecut rahim, ubat angin, vitamin tambah darah dan antibiotik. Dapat Mc hanya 2hari....sedihh...Sambil berpesan, 2minggu lagi datang tuk scan perut. Bayar dan terus pulang.
Bermula la amiey wasap kawan yang pernah keguguran. Tanya apa? Tanya orang keguguran ni perlu berpantang ke? U know what them said? YES. What???? Pagi tadi amiey dah bedal pulut manis gaul nyor dan nasi himpit kuah kacang dan puding karamel. Lol, amiey ingatkan gugur 8minggu tak perlu pantang. Sudahla macamni, nak buat apa? Amiey xprepare bahan makanan tuk makan dalam pantang.
So, malam tu bila husband balik keja amiey minta dia pegi beli ikan selar untuk meneruskan misi berpantang amiey. Hari pertama gugur, selesai. Makan belasah segala bagai. Hari kedua, sebab dah tahu kena pantang, usai 6pagi amiey bangun, bakar batu tungku dan tungku perut. Tungku perlu ada cara ye, jgn main lenyek je batu kat perut. Kang tak kena kaedah lain jadinya. Amiey ni sbb dah ada dua anak, jd pengalaman bertungku tu dah ada la siket2. Sampai la pkul7pagi, selesai sesi bertungku, 1jam..sesi masak2 pulak. Berpantang sendiri, tak de orang nak jaga. Husband plak kerja, terpaksa la buat segalanya sndiri. Masak utk anak dan bakar ikan tuk amiey. Sob sob..sedihnya lauk. Makan nasi xsampai sesenduk kerana tak selera makan lauk sedemikian rupa. Teringat masa bersalin anak pertama dan kedua, berpantang kat kampung. Mak/ mak mertua amiey yg siapkan semuanya. Amiey tggu ngap je...
Mlm pula, makan biskut jagung serta air milo. Sungguh amiey xselera makan nasi ngan ikan bakar sahaja.
Day 2 berpantang- buat sup ikan tenggiri. Suh encik suami beli ikan tenggiri slps dia balik kerja kat pasar malam. Yes...ini baru dia. Selera amiey makan. 2
Kali makam nasi. Anak
Pon selera menumpang lauk mamanya...
Hari kedua berpNtang juga, amiey pegi mengurut kat umah mak jah (tukang urut) -lega la siket badan selepas mengurut. Okey la daripada xda mengurut langsung. Tapi xboleh lawab best lagi mengurut kat kampung. Okey la amiey, sekurang-kurangnya ada jugak tukang urut.
Malamnya, husband amiey ajak kuar makan kat kedai. Kerana amiey sungguh tak larat nk masak 2,3 jenis lauk...so, temanla dia makan.
Sambil teman, takkan amiey nak tengok je. Amiey makan separuh..lauk sup ayam. Makan ala kadar je..
Selebihnya anak2 yang habiskan.
Erm...cerita berpantang, malam nya selepas balik dr kedai makan, amiey bertungku la macam biasa, 1jam. Kasi urat2 rahim kecut...selesai bertungku, sapu lotion panas d herbs pada bhgn kaki, betis, paha n perut. Dan juga bengkung perut selepas selesai semuanya. Its takes time 2hours.
Boleh la kan? Tuk diri sendiri jugak...
Pastu mintak en.suami urut2sket kat belakang...lengan dan betis. Then anak2dia uruskan la sebelom dia pegi kerja 11malam. Amiey tdo dlu la. Orang pantang bukan boleh buat kerja, so kerja amiey tdo aje la. Itula cerita pantang selepas keguguran 8minggu yang amiey alami. Sambil menaip entry blog ni, otak ligat pikir, esk nak masak apa erk?
Tq sudi singgah...kalo rasa rajin, nt amiey sambung lagi kisah pantang part2.
Assalamualaikum
Bai bai
Subscribe to:
Posts (Atom)
Mengandung 40 minggu 4hari
Tak tahu nak meluah Kat mana..... Tertekan nya rasa bila pregnabt, dah smpai due, baby masih tak nak keluar. Hari ini, dah cukup 40 minggu...
-
Hai uolls...entry kali ni amiey nk guna nama sendiri la.sweet daisy hanya kenangan masa lampau. Sudah dua hari amiey duk google pengalaman ...
-
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Hari ini adalah hari ke-15 umat Islam menunaikan ibadah Puasa. Indahnya Ramadhan Kareem, tapi tahun ini...
-
Melepaskan hajat di hati..alhamdulillah, hari ini akhirnya aku berjaya menyiapkan puding jagung yang telah lama kuidamkan. Ahai, lambatnya b...