Sunday, August 19, 2018

Mengandung 40 minggu 4hari

Tak tahu nak meluah Kat mana.....

Tertekan nya rasa bila pregnabt, dah smpai due, baby masih tak nak keluar. Hari ini, dah cukup 40 minggu 4 hari cik amiey kandungan baby ketiga ni....masih tak ada tanda-tanda baby akan menjengah dunia...

Puas cik amiey pujuk, semua petua yg dibaca dah buat...masih sama....

Sesungguhnya penantian suatu penyiksaan

Saturday, June 10, 2017

Kisah bagaimana aku mengalami keguguran

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Hari ini adalah hari ke-15 umat Islam menunaikan ibadah Puasa. Indahnya Ramadhan Kareem, tapi tahun ini, puasa amiey tak penuh. Kengkononnya tahun ni puasa dapat penuh sebab mengandung namun perancangan Allah, tidak dapat amiey menghalangnya atau mengubahnya.

Straight to the topic, bagaimana amiey mengalami keguguran. Kali kedua!!! Ini adalah kandungan kali keempat dan kali ke2 amiey keguguran. Jumaat, 1 Jun 2017, amiey dan anak-anak pulang ke kampung. Niat di hati hanyalah satu, mencari makanan yang diingini oleh mulut di bulan puasa…maklumla orang mengandung mengidam itu dan ini. Kalau boleh semua makanan nak makan. Biasa tak bulan puasa payah nak jumpa makanan fevret. Lagipun amiey jarang-jarang balik kampung di bulan puasa. Dulu anak-anak kecik, suami tak balik…amiey pon tak balik la. Tahun ni, anak dah besar sedikit…bolehla amiey balik sendiri.

Sejak mengalami sendiri mengandung janin tanpa jantung, amiey banyak buat research ke blog-blog insan senasib. Jadi, bila amiey mengalaminya, amiey berniat nak jugak berkongsi entry yang latar belakang cerita sama supaya korang yang alami nasib serupa yang duk menggoogle ni tak risau tentang keguguran dan proses D&C. Tak pastilah reader sudi baca ke tak entry ni…sebab banyak tulisan…hanya sedikit gambar diselitkan. Maklumla…time sakit, tak terlintas mahu terfikir pon untuk bergambar. Tiada perasaan mungkin.

Untuk balik ke kampung kali ini, amiey telah memilih penerbangan AirAsia memandangkan tiket Firefly sangat mahal. First time naik flight kat KLIA2. Suami hanya hantar, tak dapat tunggu kerana dia bekerja pada hari itu. Dan amiey macam biasa…lepak2…layan anak-anak sementara menunggu masa untuk cek in bagasi. Actually amiey sampai awal kat airport….dah masuk jam 12.30 tegahari, anak lelaki merengek minta makan. Bulan puasa…segan jugak nak menapak ke kedai mkan tapi demi anak-anak…..buat biasa-biasa sahaja.


Anak memilih ayam KFC untuk dimakan pada hari itu….selesai makan, jam menunjukkan angka 1.25petang….amiey ajak anak lepak di kerusi yang disediakan. Tapi, anak amiey dah tak sabar-sabar nak naik flight. Budak biasala…mana boleh menunggu lama-lama. Kemudian, sampaila jam 2 petang. Amiey segera beratur di kaunter untuk cek in bagasi.Lepas tu, amiey heret anak-anak ke surau berdekatan untuk mengerjakan Solat Jamak (Zohor dan Asar).

Teruja anak-anak nak naik flight

Nampak tu Farish buat muka boring

Selesai solat….segera masuk ke Balai Pelepasan. Sebab Farish dah mula mengamuk kerana boring menunggu lama. Allah hurabbi….baru amiey tahu betapa jauhnya perjalanan daripada pintu pelepasan ke balai berlepas. Masa tu, amiey perlu naik flight melalui gate K16. Jauh yang amat…nak sampai ke gate, dua kali amiey berhenti rehat di kerusi yang disediakan. Lama menunggu, maka tibala masa amiey berlepas ke kampung halaman….Terengganu.

Sesampainya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, amiey menggunakan perkhidmatan Grabcar untuk sampai ke rumah. Cas yang dikenakan berpatutan….hanya RM11.00 untuk perjalanan lebih kurang 10km. Sesampainya di rumah, amiey layan anak-anak makan dan berehat.
Selesai semua, anak-anak disiapkan untuk ke masjid kerana pada hari tersebut, semua penduduk kampung dijemput berbuka puasa di masjid. Keluarga amiey tak terkecuali….disebabkan keluarga amiey adalah keluarga kecil…maka kami semua ke masjid untuk berbuka puasa petang itu. 

Blurr...sebab farish juru kameranya


Masih tiada rasa apa-apa yang pelik. Menu berbuka nasi putih, kurma, kuih puteri mandi, gulai daging, gulai ayam, sambal belacan….ada 2,3 menu lagi yang amiey terlupa apa nama menunya.
Malam pula, di rumah selepas terawikh amiey mengadap Jeruk Pedas Pauh (Mangga). Sedapnya rasa sebab lama dah tak makan jeruk yang fresh…jam 11 malam, amiey tidur kerana kepenatan…travel panjang hari ini.
Keesokan harinya….. (2 Jun 2017)
Selepas sahur dan solat subuh, amiey rasa badan masih lemau. Memandangkan tiada kerja untuk dilakukan, amiey mengheret tubuh ke katil untuk lelapkan mata seketika sambil menemani anak-anak yang masih tidur. Sesedar dari tidur, jam dah menunjukkan 8.30 pagi. Perut amiey terasa memulas-mulas. Amiey takde plak syak apa-apa…mungkin sebab makan pauh malam tadi (telahan sahaja).
Masuk je ke tandas, amiey dapati ada …..ada…. SENSORED. Tak kahwin lagi tak digalakkan baca…hikhik.
Ada keluar lendir + darah. Amiey binggung…kenapa ada keluar “show”…pengalaman lalu kalau pregnant, kluar tanda macam ni, hari yang sama amiey akan bersalin. Tapi kali ini lain….Amiey baru sahaja mengandung 11weeks 5days hari tersebut. Hati menjadi tidak senang duduk. Apa yang terjadi ni….dalam masa tak senang duduk tu, amiey basuh baju yang telah dipakai semalam (Basuh tangan Hokeyyy…sbb baju baru, takut rosak plak klo dimasuk lam mesin basuh)….haha, miss cerewet!

Jam 9 pagi…selesai mandi kambing dan basuh cincai baju-baju…bagitau mak cik apa yang terjadi. Disebabkan terlalu risau, amiey segera ke hospital. Hospital terdekat dengan rumah amiey mestila Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Sesampai sahaja di hospital, amiey terus meluru ke bangunan baru…sebab kononnya bangunan baru khas untuk ibu-ibu mengandung. Tapi menurut nurse yang bertugas, kes amiey perlu dirujuk ke bahagian kecemasan, bangunan lama….
Di sana, amiey didaftarkan dan perlu menunggu di depan bilik 2 bahagian kecemasan. Di situ, tekanan darah diperiksa. Seterusnya, ke kaunter pendaftaran. Seterusnya, amiey dipanggil ke Bilik bernombor 7…. Amiey ceritakan segala maklumat selengkapkan kepada doktor bertugas. Maka, selepas itu, amiey diarahkan ke Bilik 12 pula dan juga scan ultrasound. Waktu ini, amiey boleh jalan sendiri kerana pendarahan yang dialami tidak serius. Masa itu, amiey cakap kat doktor, bolehkah kandungan saya diselamatkan? Kerana amiey nak sangat anak yang ada dalam kandungan kali ini…tapi responds doktor selepas sesi cek mengecek….dan ultrasound….Bayi yang amiey kandung tiada denyut jantung. Terkejutnya amiey….tiada jantung. Kemudian, amiey diarah ke wad 1ef, di tingkat atas.

Di wad 1ef, sekali lagi amiey perlu menjalani scan perut. Doktor tunjukkan skrin scan…janin masih tiada jantung…dan doktor juga tunjukkan salur darah sudah tidak sampai ke janin. Dan janin yang discan berusia 7week 5 days. Sedangkan menurut perkiraan period amiey, sepatutnya usia janin 11 minggu 5 hari. Kecewa yang cuba berlapang dada. Maka, doktor bagi dua pilihan. Masuk wad dan jalani prosedur cuci rahim atau balik …dan tunggu janin luruh sendiri. Amiey pilih option kedua….tunggu janin luruh sendiri. Masa diberikan selama 2 minggu dan surat refer ke hospital juga disediakan untuk amiey gunakan pada masa amiey perlu menyerah diri nanti. Doktor istilahkan kandungan amiey kali ni “missed miscarriage”
Jam dah tunjukkan angka 12.50 tengahari. Selesai semua prosedur pemeriksaan, amiey dibenarkan pulang.
Balik je ke rumah, amiey mula merasakan contraction…erm mudah difahami kalau pregnant biasa…seolah-olah braxton hicks gteww…sakit yang mneyerang ni buat amiey tak duduk diam….ianya berlarutan hingga ke esok hari (3 Jun 2017)….

Dan selepas asar 3 Jun, amiey rasa sakit pinggang yang teramat beserta perut memulas….sakit beransur-ansur bertambah…dan malamnya, sakit yang teramat hinggakan amiey tak dapat melelapkan mata. Dari jam 10 malam, 11 malam, 12 tengah malam….amiey minta mak cik, amiey panggil “ngah” amiey urut kat pinggang….tapi sakit tak juga hilang….jam 1 masuk bilik tidur….sakit lagi…jam 2 pagi…jam 3 pagi….last-last amiey charge hand phone sampai penuh….kemudian jam 4.30 pagi..kedengaran ngah bangun sediakan sahur, amiey cakap..amiey tak bangun…tak sedar…amiey terlena sampai 8 pagi.
Sesedar dari tidur, sakit menyerang lagi….amiey dah tekad..amiey akan ke hospital. Sakit yang amat…Kalau diimbau kembali..time pregnant Farish dlu…kalau sakit macamni, amiey dah lama bersalin. Ptutla arwah nenek cakap, sakit keguguran memang sangat sakit. Diakui….tersangat-sangat sakit.  3 hari contraction….MasyaAllah, Subhanallah….hebatnya dugaan.

Mesti readers terdetik kan….kenapa amiey tak terus ke hospital time sakit tu…

Sebenarnya, amiey ni sangat takut dengan hospital. Dengar perkataan hospital pon..amiey takut sangat-sangat. Namun hari itu, 4 Jun…amiey tekad. Apa jadi pon..amiey akan ke hospital hari ini..biar apa pon terjadi, amiey tak sanggup lagi menanggung sakit.
Sepanjang perjalanan ke hospital..darah keluar tanpa henti. Darah berketul….macam perut ikan..tapi sedikit-sedikit…sakitnya sampai terbaring-baring dalam kereta. Amiey terus meluru ke kaunter kecemasan. Hari ini, amiey dah tak boleh berjalan sendiri. Darah di dalam “ Underwear” penuh…bimbang takut bersepah dalam hospital….dan hari ini, di mana amiey duduk, di situ lah kesan darah ditinggalkan…walaupun amiey dah pakai pad, darah lebih daripada keampuan pad itu sendiri….
Disebabkan kes kecemasan, amiey segera dipanggil ke bilik doktor…setelah dimasukkan aklumat yang perlu, amiey disorong menggunakan wheelchair ke bilik 12 sekali lagi untuk pemeriksaan bukaan serviks (maybe VE lebih dikenali) dan scan kandungan. Masa VE dijalankan,amiey tarik nafas panjang-panjang untuk mengelakkan rasa skit. Malu sangat semasa prosedur dijalankan..namun nasib baik dapat doktor perempuan..dan dia lakukan secara berhemah…amiey tak rasa sakit sangat VE…bangun je dari katil, penuh darah pada cadar katil. Dalam keadaan sakit, sempat lagi minta maaf kat doktor sebab dah tinggalkan kesan kotor pada katil.

Seterusnya, amiey diarah ke sudut lain untuk scan perut pula. Scan menunjukkan janin dah tak dapat diselamatkan. Selesai pemeriksaan dijalankan, amiey rasa xselesa. Pad penuh…tadi nak tukar tapi tak dibenarkan doktor….katanya selepas pemeriksaan, baru boleh tukar pad. Dalam tadas, amiey terasa ada sesuatu yang berada di kawasan tuuuuut… amiey segera tarik dan puuup, ia keluar. Amiey perhati ianya seperti kelongsong (Gambar tak disediakan)
Amiey simpan kelongsong untuk ditunjukkan kepada doktor yang memeriksa.
Doktor bahagian emergency refer kes amiey kepada gynae di wad. Amiey dimaklumkan bahawa amiey akan ditahan di wad. Kali ini,amiey dah bersedia untuk tinggal di wad. Amiey disorong oleh pak cik yang amiey panggil ayoh su ke wad 1 ef, HSNZ. Sekali lagi tuuut diseluk dan VE dijalankan. Doktor cakap, ada bukaan 3cm…dan scan menunjukkan, amiey dah keguguran namun masih banyak saki baki janin ditinggalkan…dan perlu menjalani prosedur erpoc, maybe D&C lebih dikenali…atau “cuci”……gerunnya…takutmya….Doktor ada tanya jam berapa last amiey makan….amiey jawabla jam 8 pagi. Dotor cakap, nak buat erpoc kena puasa….seterusnya amiey dibawa ke katil wad.

Dapat tag...ngeh ngeh ngeh

Boleh pulak selfie...awak sakit tak ni cik amiey??


Tunggu doktor/nurse jengah..xda juga…amiey nak tahu bila D&C dijalankan….tapi tiada siapa yang datang memeriksa. Jam 12 Tengahari, makanan tengahari diedarkan…amiey yang lapar kerana sejak dari smelama, amiey tak makan apa-apa, hanya minum air milo….kerana sakit. Hilang selera. Amiey makan la makanan yang disediakan..(OPPPs…puasa…eh, oramg gugur tak puasa tau)

Ni masa kad wad 1 EF...ni aktiviti orang bosan


Jam 2, ada la nurse datang. Amiey dipanggil ke bilik pemeriksaan….Doktor di situ memberitahu bahawa aiey akan disorong sekarang ke bilik bedah….HAH! WHAT….saya baru lepas makan doktor…
WHATTT??? Doktor terkejut….dia tanya amiey…tak de ke sesiapa yang bagitau amiey suh puasa..amiey cakap takde doktor..kalau tak, takkan la saya makan. Tadi naik wad, saya hanya dimaklumkan saya akan jalani erpoc…tapi tak diberitahu bila…saya tunggu doktor/nurse melawat takde…jadi makanan dihantar. Saya makanla… (wat muka blurrr)
Doktor pun menduga,…kalau puasa tak dimaklumkan..mesti awak tak diterangkan lagi tentang erpoc. Ye doktor..sy xtau…saya tau nama sahaja….maka, doktor pon terangla, bagaimana prosedur erpoc dijalankan….setelah amiey faham, doktor minta amiey turun tanda tangan sebagai tanda memberi kebenaran untuk doktor jalankan erpoc terhadap amiey. Sesudah itu, doktor cakap, dia nak masukkan jarum kat tangan, supaya mudah segala operasi hospital dijalankan. Time masuk jarum, terasa la jugak sakit sedikit. Tapi selepas dimasukkan jarum, pergerakan terus terbatas. Sakitnya jarum di tangan….nak buka pili paip pon terasa susah, apatah lagi mengikat kain hospital yang selalu terlucut tu.

Sakit tau masuk jarum ni



Petang di hospital..rasa bosan sangat. Takde pelawat? Iya, amiey xda pelawat. Adik beradik pon dua ja, adik duk KL. Mak jaga anak-anak amiey kat umah…suami on the way, tak sampai lagi dari KL….mak cik dan pak cik pulak….ada kedai runcit…maka, amiey bersembang je la dengan kakak-kakak katil sebelah. Masa ini, amiey ditempatkan di wad kelas kedua. Tapi amiey minta nurse booking wad kelas pertama, sebabnya…kakak katil depan bagitau kat wad bawah banyak nyamuk waktu malam…memang tak boleh tidur.

Rutin duk di wad macam biasa. Jam 4 petang, nurse datang cek tekanan darah….Jam 6 petang, amiey dipindahkan ke wad first class di tingkat 7. First time amiey masuk wad fisrt class (alergik hospital la katakan) Bestnya wad first class ni sebab bilik berekon, katil 4 bilik yang amiey dapat tu…bilik air dan tandas ada lam bilik je, dekat, tak perlu jalan jauh nak pergi toilet dan ada orang boleh jaga kita 24 jam, kalau wad kelas 2@3, pelawat hanya boleh masuk waktu melawat sahaja. Privacy la siket kat sini… Yang tak bestnya wad ni, 1) takde doktor dalam wad. Hnya ada nurse sahaja.2) Bilik air dan tandas sempit.
Ni la rupa wad first class, 4 orang sebilik

Malam pertama bermalam di hospital.suami temankan, dia sampai dari KL jam 10malam.Amiey dikehendaki berpuasa bermula jam 2 pagi untuk operasi cuci keesokan harinya..dapat tidur dari jam 12 malam hingga 4 pagi je. Lepas 4 pagi selepas nurse buat pemeriksaan, dah tak boleh tidur. Bila tak boleh tidur, amiey layan sakit contraction la. Yang ni amiey serik dengan keguguran, sebab contraction dia lama….kalau bersalin, amiey biasa alami contraction tak kurang daripada 9 jam…ini dah masuk hari ke 4. Jam 8.30 pagi, encik suami minta diri nak balik umah mak untuk mandi dan lelapkan mata sekejap. Amiey masa tu masih okey, jadi amiey tak kisahla suami balik…
Amiey menahan sakit....nampak drip air 
kat tangan tu?

Jam 9 pagi, amiey dipanggil oleh nurse untuk pemeriksaan doktor di tingkat 1. Doktor scan vagina, kata doktor scan bawah resultnya lebih tepat. Hurmmmm, nampaknya saki baki kandungan masih tebal…doktor ukur, lebih kurang 2.5cm lagi yang tertinggal. Jadi, doktor memutuskan amiey harus menjalani prosedur erpoc hari ini. Doktor tanya amiey puasa tak, nurse yang mengiringi tolong jawab…patient puasa dari jam 2 pagi lagi. Jam 10 pagi, sakit datang dengan kuat. Tak tahan merengkok atas katil, sambil menahan sakit….kakak yang jaga maknya di katil depan datang tanya khabar. Mungkin dia dengar amiey kegelisahan menahan sakit. Dia tolong urutkan belakang sekejap namun sakit makin kuat. Amiey berdoa dalam hati semoga dipercepatkan giliran amiey masuk bilik OT (operation theatre)

Lebih kurang jam 1.30 petang…datang dua orang nurse membawa baju yang bewarna putih bertali belakang serta topi. Ahoii..macam dalam cerita kat Tv la…nurse suh amiey pakai baju putih tu dan pakai topi. Terkial-kial nak mengikatnya, last-last amiey minta tolong nurse ikat. Nurse pesan, buka semua barang kemas, gigi palsu, contek lens dan juga bra dan underwear pon xboleh pakai. Ok nurse, wait 2 minit…nak menanggalkan semuanya..padahal nak tanggal bra dengan underwear je pon. Barang kemas memang amiey tak pakai pon. Rimas….
 Amiey kemudiannya baring di troli “katil bergerak” HAHAHA, betol ke istilah tu, blasah je la….asal korang tahu dan kemudian disorong ke bilik OT. Call husband banyak kali tapi tak diangkat…amiey whatsapp dia bgtau amiey dah nak masuk bilik OT. Berdebarnya duhai hati…nurse cek tekanan darah dan nadi…dan bacaannya ok tapi menunjukkan amiey sangat berdebar. Masuk je bilik Ot, sebab takut first time masuk situ, amiey punya menggigil ketakutan sampai kacip gigi. N amiey cover dengan cakap bilik tu sangat sejuk. Padahal amiey sangat takut….Nurse tengok amiey menggeletar dia selimutkan amiey 2 lapis….selimut bilik OT tak sama dengan selimut dalam wad. Amiey dipindahkan ke troli lain…ingatkan kena berjangkit sendiri ke troli sebelah…namun tak…ko duk je diam-diam amiey, diorang akan angkat ko ke troli sebelah. Selimut bilik OT lebih tebal..Kat situ, amiey tak kenal siapa nurse, siapa doktor dan siapa pembantu…sebab semua orang berbaju biru. Amiey kemudiannya ditolak dari satu segmen ke satu segmen kemudian sampai la ke destinasi.Doa hanya dalam hati semoga segala berjalan lancar dan semoga amiey selamat. Seramnya…Di bilik tu, ada banyak lampu…alaaa…macam lampu bilik bedah lam TV tu la…doktor pasangkan wayar, masukkan air drip di tangan…dan kemudian seorang yang berbangsa cina datang perkenalkan dia pakar bius di situ.

Mereka tanya amiey, nama..dan tahu kenapa amiey masuk ke bilik itu..mungkin untuk redakan ketakutan pesakit, amiey fikir. Kemudian wayar dipasang kata nurse untuk pantau jantung…dan bius pertama di masukkan melalui jarum di tangan. Sakit…. Kemudian mulut dipasangkan topeng yang berisi gas yang mengkhayalkan. Dos bius kedua dimasukkan…sakit lagi daripada dos pertama…dan pakar bius cakap…dos ketiga paling sakit. Yes, mmg paling sakit. Tapi, redha sahaja…sbb di rumah mengalami contraction pon amiey sakit. Sambil menyedut gas, doktor pesan supaya amiey jangan tidur. Siap diorang tanya berapa tinggi dan berat untuk pastikan amiey dah tidur ke belom….dengan perasaan malu, amiey cakap…pad masih belom dibuka…diorang cakap…takpe dik..relaks aje…tengok jam di dinding, 2 petang…
………………………………………………………….x….o…..x…..o…………………………………………………………………………

Terjaga….Amiey pandang kiri dan kanan. Suasana berbeza…Kat hidung masih ada topeng gas, tak pasti oksigen atau gas apa…
First things amiey buat, rasa kat bawah…..alamak. Masih ada pad. Belom siap lagi ke? Amiey nampak orang berbaju biru dan amiey panggil…..doktor, saya ni lambat lagi ke nak “cuci”???? Berdebarnya….

Dia jawab…dah siap dik.. Aih, rasanya baru je amiey duk sedut gas tadi. Amiey dibiarkan sendiri melayan mamai…Cuba angkat kepala tetapi rasa pening. Pandang keliling cari jam dinding…tak jumpa. Yang amiey nampak, di sebelah ada 2 lagi pesakit yang mamai macam amiey jugak. Dalam hati, lama lagi ke diorang nak biar aku macam ni…dahla topeng oksigen kat muka tu merimaskan….terasa semacam je gas nya…ataupun itu bukan gas oksigen sebenarnya. Terasa pahit di leher bila sedut gas tu. Lama amiey dibiarkan, actually nurse and doktor bukannya duk rileks layan hand phone…diorang duk buat kerja..mengemas barang. Mungkin yang digunakan untuk proses kami tadi mungkin…Dalam setengah jam, (jam 3.30 petang, amiey tanya doktor kat situ) topeng oksigen ditanggal. Amiey diangkat ditukar troli. Best jugak kan….kita xperlu bangun langsung….diorang je yang angkat-angkat kita. Terima kasih tuk kakitangan dewan bedah tingkat 3 HSNZ. Nurse wad datang dan bawa amiey ke wad 7AB kembali. Duk dalam selimut, amiey xtau pon sebenarnya aiey tak berbaju. Cuma baju putih tadi je yang menutup tubuh….tapi jangan wrong thinking erk…ada 2 lapis selimut….haha….

Sampai di wad, nurse angkat amiey tukar katil….dibantu encik husband….nurse pakaikan amiey baju hospital…Hijau la…n amiey diminta rehat. Sebelum nurse tinggalkan amiey…sempat amiey tanya, nurse…sy dah selesai. Boleh ke saya makan? Nurse jawab….tak boleh puan. Kalau lapar sangat, puan minum air 2,3 teguk aje… Then, nurse drip air kat tangan untuk tenaga…..amiey yang masih pening dengan ubat bius tak mampu bangun. Amiey sambung tido kat katil wad. Jam 5, amiey dah tak mampu tidur lagi. Perut berkeroncong minta di isi. 5.30 petang, nurse datang pantau keadaan amiey….tanpa lengah masa, amiey terus minta makanan. Jam 6…makanan sampai. Habis kau sepinggan nasi hospital amiey bedal…haha, jangan tak caye. Sampaikan encik suami siap gelak n perli lagi…cukup tak ni, kalau tak cukup nak mintak tambah dengan nurse…..haha…jahat! Padahal makan dengan ikan bakar je pon….

Encik suami...dan lawak nya...ahaha...berbuka puasa ke abg?
Kesian...pegi la turun bazar, syg dah biasa duk sengsorang kat wad. tak yah dipaksa
la makan makanan lam wad. Tawar!


7.00 pm…nurse datang lagi pantau…ada muntah ke tidak selepas cuci….takde nurse. Nasi pon dah abis sepinggan. Gelak besar nurse dengar jawapan. Dia pon jawab, kalo nasi dah abis sepinggan, saya buka la air ni…tak kan sepinggan nasi awak tak cukup lagi tenaga. Maka, kami berdua gelak besar menghangatkan suasana bilik 10, wad AB hospital tersebut…..

Malam itu, amiey tidur lena..tanpa sakit lagi. Nurse 2 jam sekali datang pantau…takut amiey sakit selepas cuci. Namun, amiey tiada langsung rasa sakit. Malah , lega yang teramat. Sebelom jam 11 nurse bekalkan amiey ubat tahan sakit…sebab dia takut amiey sakit di malam hari. Kesudahannya, sampai ke subuh amiey tak telan ubat itu. Allah dah tarik rasa sakit dalam diri amiey. Alhamdulillah…
Jam 12.00 tengahari…doktor datang memeriksa keadaan amiey..Dan didapati amiey sudah sihat. Dan boleh keluar wad hari ini. Jam 12.50, doktor hantar surat keluar wad serta surat cuti sakit. Yeay…amiey dapat cuti hingga 23/6/2017. Means lepas raya baru masuk kerja….Syukur ya Allah….
Alhamdulillah…
Maka selepas ni bermula la episod berpantang selepas keguguran amieyJ

Thanks kepada yang sudi membaca. Yang nak share pengalaman juga digalakkan….yang nak bertanya pon boleh.


Friday, April 1, 2016

Aku dan setarika baru

Lama dah duk mengidam nak beli setarika philips steam tu...tapi Harga dia mahal sangat la, seribu lebih.

Fikir punya fikir, lama kelamaan aku mencari dealer amway. Ohh...rupanya ada di kalangan kawan2 lama aku yg jual dan jadi ahli amway...aku join skim kutu...mungkin tak terbeban bagi aku kalo join kutu...

Dan hari ini, aku mendapat bungkusannya. Barang yang sekian lama kuidamkan..
Setarika stim philips amway ku
Didapati dengan cara kutu, rm140 selama 10bulan.. Yes yes
Kini, mudah la keja aku nk setarika uniform cik abg yg kainnya tebal tu.
Dlu benci betol bab setarika uniform dia...hari ni aku rasa hepi...sekejap xsampai 5minit, dah siap...tak pasal2 aku jadi rajin iron baju meskipun hari jumaat.

So kalau ada orang yang nak cari iron ni bleh kontek amiey ye...
011-2114 7713 (amiey)
Area kota damansara, sg. Buloh...

Yg duk jauh pon bley jugak order...xda masalah. Courier seluruh malaysia ada.

S.M.I.L.E

Saturday, February 27, 2016

Cerita Berpantang selepas keguguran 8minggu part1

Hai uolls...entry kali ni amiey nk guna nama sendiri la.sweet daisy hanya kenangan masa lampau.
Sudah dua hari amiey duk google pengalaman orang berpantang disebabkan keguguran...namun, masih tak puas hati dengan hasil dapatan. Masih mencari ilmu berpantang sambil nak share pengalaman amiey sendiri pantang.

Kronologi pantang bermula....
12/02/2016 - terasa gatal je tangan nak pegi beli upt test sebabnya en.suami asyik duk muntah setiap hari. Last period amiey 27/12/15. Namun, perkara ni tak pelik sebab amiey selalu pun lambat kitaran haid. Kadang2 tu sampai 3bulan sekali baru la kitaran haid bermula. Dan hasilnya...
Terang, jelas lagi nyata ada 2line

YES! Amiey mengandung, alhamdulillah
Ni kandungan amiey yang ketiga. Syukurnya rasa waktu itu.

Sambil amiey menghitung minggu untuk buka buku pink kat klinik paya jaras, sg. Buloh...dan pada usia kandungan 8w2d, tetiba terasa ada air mengalir masa amiey sedang keja. Air apa ni? Panas2 rasa....its ok. Amiey mengajar macam biasa.

RINGgggg, loceng berbunyi. Tak buang masa dah, terus meluru ke tandas. Amiey perasan ada darah bewarna coklat bentuk spot bersama2 air yg panas tadi. Mula la duhai hati duk terasa risau...namun time tu pujuk hati. Duk kata, org ngandung mmg macam ni. Akan ada kluar darah siket2 (berdasarkan bacaan pada blog orang)

Balik skolah, tengok lagi apa yg terjadi di sebalik kain. Aduh...masih ada darah. Tapi kali ni bukan bewarna coklat macam td dah. Kali ni warna darahnya agak terang. Sampai la ptg, amiey rasa tak sedap hati. Drive ke klinik yg berdekatan (klinik normah)

Scan...pelik! Takde kantung kelihatan. Doktor normah cakap, berdasarkan pengalaman dia, amiey tak mengandung. Curious...its ok. Katanya lagi, try buat urin test skali lagi la. Kot la awal lagi, xkelihatan.
N apa yg mengejutkan amiey, result urin test negatif. Frust
Doktor cakap, hormon amiey tak stabil. Sebab tu la awalnya result dapat 2line. Amiey tak pregnant katanya cuma period biasa.
Balik dari klinik dengan perasaan sebal.frust ko apa tau....?

Malam tu, bleeding macam perempuan dalam haid. Dalam hati kata, siap la kali ni. Gugur dah kandungan ni...darah tak henti.. esoknya ke sekolah seperti biasa. Dalam kelas, langsung tak.boleh mengajar. Sakit perut maha dasyat, lebih sakit daripada senggugut namun takde la sampai tahap sakit nak beranak. Siap bersenda ngan kawan amiey cakap kalo tak mengandung, amiey dah telan pain killer, sakit sangat ni. Kawan amiey iyakan je la..dia pon xtahu amiey sakit tahap mana...
Buat2 tak tahu dengan kesakitan, amiey cuba sibukkan diri waktu masa free xda kelas dengan menyiapkan fail panitia(amiey ketua panitia tmk skolah)

Tak jalan. Sakit tetap sakit malahan lebih sakit. Dan tetiba tanpa dapat dikawal terasa ada sesuatu sedang keluar....semestinya bukan beranak sbb baru hamil 8minggu. Fuhhh...lega sakit yang amiey alami sejak malam hingga subuh hingga pagi itu. Hati meronta ronta nak tahu apa yg kluar sebenarnya tu. So, ke mana lagi nak dituju, tandas la. Terkejutnya, ada darah yg sangat pekat, bergumpal bersama beberapa ketul daging yang baru terbentuk, bersama kantung warna putih. Sebesar 4cm...sah, aku keguguran.
Mesej gpk 1 tuk tolong buat relief. Sy nak balim ke klinik.

Drive balik rumah, dalam 13km...sampai umah tgk lagi daging tu, dah penyek. Simpan dalam plastik elok2.amiey mandi. Selesai mandi, ke klinik normah sekali lagi.

Dan perbualannya: doktor, sy rasa sy dah keguguran la...
Mula la doktor soal, kenapa, bila, bagaimana, amiey malas cakap banyak, terus tunjuk sample. Yes, kata doktor. Mmg awak keguguran.

So, diberila kat amiey ubat kecut rahim, ubat angin, vitamin tambah darah dan antibiotik. Dapat Mc hanya 2hari....sedihh...Sambil berpesan, 2minggu lagi datang tuk scan perut. Bayar dan terus pulang.

Bermula la amiey wasap kawan yang pernah keguguran. Tanya apa? Tanya orang keguguran ni perlu berpantang ke? U know what them said? YES. What???? Pagi tadi amiey dah bedal pulut manis gaul nyor dan nasi himpit kuah kacang dan puding karamel. Lol, amiey ingatkan gugur 8minggu tak perlu pantang. Sudahla macamni, nak buat apa? Amiey xprepare bahan makanan tuk makan dalam pantang.

So, malam tu bila husband balik keja amiey minta dia pegi beli ikan selar untuk meneruskan misi berpantang amiey. Hari pertama gugur, selesai. Makan belasah segala bagai. Hari kedua, sebab dah tahu kena pantang, usai 6pagi amiey bangun, bakar batu tungku dan tungku perut. Tungku perlu ada cara ye, jgn main lenyek je batu kat perut. Kang tak kena kaedah lain jadinya. Amiey ni sbb dah ada dua anak, jd pengalaman bertungku tu dah ada la siket2. Sampai la pkul7pagi, selesai sesi bertungku, 1jam..sesi masak2 pulak. Berpantang sendiri, tak de orang nak jaga. Husband plak kerja, terpaksa la buat segalanya sndiri. Masak utk anak dan bakar ikan tuk amiey. Sob sob..sedihnya lauk. Makan nasi xsampai sesenduk kerana tak selera makan lauk sedemikian rupa. Teringat masa bersalin anak pertama dan kedua, berpantang kat kampung. Mak/ mak mertua amiey yg siapkan semuanya. Amiey tggu ngap je...

Mlm pula, makan biskut jagung serta air milo. Sungguh amiey xselera makan nasi ngan ikan bakar sahaja.

Day 2 berpantang-    buat sup ikan tenggiri. Suh encik suami beli ikan tenggiri slps dia balik kerja kat pasar malam. Yes...ini baru dia. Selera amiey makan. 2
Kali makam nasi. Anak
 Pon selera menumpang lauk mamanya...

Hari kedua berpNtang juga, amiey pegi mengurut kat umah mak jah (tukang urut) -lega la siket badan selepas mengurut. Okey la daripada xda mengurut langsung. Tapi xboleh lawab best lagi mengurut kat kampung. Okey la amiey, sekurang-kurangnya ada jugak tukang urut. 

Malamnya, husband amiey ajak kuar makan kat kedai. Kerana amiey sungguh tak larat nk masak 2,3 jenis lauk...so, temanla dia makan.

Sambil teman, takkan amiey nak tengok je. Amiey makan separuh..lauk sup ayam. Makan ala kadar je..
Selebihnya anak2 yang habiskan.

Erm...cerita berpantang, malam nya selepas balik dr kedai makan, amiey bertungku la macam biasa, 1jam. Kasi urat2 rahim kecut...selesai bertungku, sapu lotion panas d herbs pada bhgn kaki, betis, paha n perut. Dan juga bengkung perut selepas selesai semuanya. Its takes time 2hours.

Boleh la kan? Tuk diri sendiri jugak...
Pastu mintak en.suami urut2sket kat belakang...lengan dan betis. Then anak2dia uruskan la sebelom dia pegi kerja 11malam. Amiey tdo dlu la. Orang pantang bukan boleh buat kerja, so kerja amiey tdo aje la. Itula cerita pantang selepas keguguran 8minggu yang amiey alami. Sambil menaip entry blog ni, otak ligat pikir, esk nak masak apa erk?

Tq sudi singgah...kalo rasa rajin, nt amiey sambung lagi kisah pantang part2.
Assalamualaikum
Bai bai

Friday, December 12, 2014

Teringin menjahit Tudung

Assalamualaikum...

Entry kali ni nak share tentang tudung. Cik Sweet Daisy mmg suka menjahit. First skali cik sweet daisy blaja buat baju kurung. Tapi terasa susah...blaja pulak buat dress...pun rasa susah.

Last2 suatu hari, tertengok iklan kelas jahitan tudung. Daftarkan diri. Esok pergi kerja, crita kat kawan. Kawan pun nak join. Yes! Cik sweet daisy tak keseorangan, ada teman tuk blaja jahit. Kelasnya di Shah Alam, agak jauh jugak dari rumah.

Tentu pembaca nak tengok tudung pertama cik sweet daisy kan?
ni la tudung pertama cik sweet daisy. Tudung tiga layer

pastu...
cuba lagi buat 3 layer jugak tapi cuba buat pleat pulak kat atas kepala.


dan semakin yakin.


butterfly 2-layer

mariya 4-layer

Ini pulak tudung pertama cik sweet daisy ambik tempahan. 



Takla pro sangat,tapi boleh la buat tudung untuk sendiri dan keluarga. Cik sweet daisy  pun dah buat satu facebook pages, tuk plan akan datang tuk promosikan tudung keluaran cik sweet daisy, di Rana scarf.....tak update pape lg kat situ, nanti bolehla melawat pas page dah diupdate.

Harini lazada sales. cik sweet daisy siap beli 1 mesin jahit baru....nt nk serius jahit tdung dan target cik sweet daisy seterusnya nk buat tudung ni nour sofea mcm keluaran fareeda tu, tp versi menutup di hadapan. wish me luck all readers.



Tuesday, December 9, 2014

Merayau @ONE UTAMA (OU)

Cuti Sekolah

Assalamualaikum

seronoknya...cuti sekolah....
maka cik sweet daisy pun berpeluang bercuti juga. Duk rumah, dapat jaga anak2, dapat tengok diorang bermain dan membesar di depan mata, indahnya.....bahagianya.....

Mana peercutian korang cuti tahun ni? cik sweet daisy tak da ke mana-mana. Hanya duduk diam2 dalam rumah. Tak balik kampung....Tak bercuti...KENAPA?
sebabbbbb kalo balik pun, bosan jugak. takde sesape kat kampung. Mak ja...tp mak dah janji nak datang umah cik sweet daisy bulan ni. Jadi tak perlu la susah2 nak balik kampung lg.

simpan duit la...nt cuti tahun depan kita booking tiket fly ke kampung

ok....sini je la corat coret cik sweet daisy tuk malam ni.
Esok hubby cakap nak bawak pi OU...one utama. nt kongsi crita lg

bubbye

Mengandung 40 minggu 4hari

Tak tahu nak meluah Kat mana..... Tertekan nya rasa bila pregnabt, dah smpai due, baby masih tak nak keluar. Hari ini, dah cukup 40 minggu...